KUALA TERENGGANU - Tujuh lelaki dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Maras di Kuala Nerus, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.12 pagi daripada seorang daripada pendaki yang sesat itu, namun identiti mereka masih belum diketahui buat masa ini.
"Pada jam 11.26 pagi, pasukan pencarian cuba menghubungi nombor tersebut semula dan berjaya bercakap dengan pengadu yang memaklumkan dia bersama enam lagi rakannya, yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun, berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Azli berkata, berdasarkan maklumat terkini pada jam 12.17 tengah hari, pengadu telah berkongsi lokasi mereka yang dipercayai berada di puncak tetapi telah menemukan penanda laluan pendakian dan kini sedang membuat perjalanan turun menggunakan penanda tersebut.
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. - Bernama