RANAU - Setiap kali tibanya 16 September iaitu tarikh Malaysia dibentuk, sudah tentu mengingatkan kita kepada pergorbanan yang telah ditempuhi mereka yang berada di zaman tersebut.
Menyingkap semula apa yang berlaku di Sabah yang dulu dikenali sebagai Borneo Utara sebelum mencapai kemerdekaan, terdapat peristiwa yang menyayat hati bagi askar Australia dan British yang pernah berada di wilayah ini.
Antara sejarah yang rakyat Malaysia harus ingati ialah peristiwa 'Deaths March' di Sandakan dan Ranau merujuk kepada peristiwa paling tragis dalam sejarah semasa Perang Dunia Kedua yang berlaku antara tahun 1945.
Apa yang berlaku ketika itu, tentera Jepun yang menduduki Borneo memaksa tahanan perang British dan Australia untuk berjalan kaki dari Sandakan ke pedalaman Ranau sejauh 265 kilometer.
Tindakan itu diambil selepas Jepun menyedari bahawa mereka akan kalah dalam peperangan dan risau pihak Bersekutu akan menyerang Borneo Utara lalu mereka memindahkan tahanan ini dari kem tahanan di Sandakan ke Ranau.
Bermulalah kisah tragis tahanan Australia dan British apabila mereka dipaksa berjalan kaki dalam keadaan sangat teruk, tanpa bekalan makanan dan ubat yang mencukupi.
Tahanan diperlakukan dengan kejam dengan melalui perjalanan yang panjang dan menyeksakan di hutan tebal, tanah yang berbukit-bukau dan sungai-sungai yang deras di mana mereka keletihan, kelaparan dan sakit.
Ramai daripada mereka meninggal dunia akibat kelaparan, penyakit, keletihan melampau, atau dibunuh oleh tentera Jepun jika mereka tidak dapat terus berjalan.
Daripada 2,500 tahanan perang yang ditahan di Sandakan, hanya enam orang yang terselamat dalam kejadian tragis ini.
Hari ini, kira-kira selepas 79 tahun kejadian itu berlaku, terdapat satu tugu dibina teguh berdiri di tengah Pekan Kundasang, Ranau, bagi mengenang tahanan yang terkorban.

Tugu Peringatan Perang Kundasang dibina pada tahun 1962 iaitu setahun sebelum Sabah bersama menubuhkan Malaysia dengan Tanah Melayu (Semenanjung) dan Sarawak.