Al-Sultan Abdullah mahu pemimpin politik bersatu jaga kesucian Islam

Iklan
Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah menyampaikan anugerah kepada waris, Allahyarham Datuk Abdul Razak Abu yang dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang 2024 di sini pada Isnin.

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mahu semua pihak termasuk pemimpin politik khususnya di Pahang supaya bersatu demi menjaga kesucian Islam.

Baginda bertitah, tanggungjawab menjaga syiar Islam tidak boleh dipisah atau dipecah-belahkan atas dasar fahaman politik atau perbezaan ideologi.

Iklan
Iklan

Menurut baginda, sebagai umat Islam, perlu meletakkan agama sebagai asas kehidupan dan tidak membiarkan perbezaan politik menjadi asbab kelemahan perpaduan umat.

"Perbezaan politik perkara wajar dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi namun jika melibatkan agama, semua pihak perlu ketepikan perbezaan itu dan bersama demi kebaikkan ummah," titah baginda.

Iklan

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian dalam titah diraja sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Isnin

Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Iklan

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Al-Sultan Abdullah bertitah, umat Islam terutama golongan muda perlu menjadikan keperibadian Rasuullah SAW sebagai model dalam membentuk sahsiah dan jati diri.

"Sebagai tunjang masa depan negara, golongan muda perlu dibentuk dengan sahsiah yang baik, akhlak terpuji agar menjadi insan seimbang duniawi dan uhkrawi.

"Saya juga amat khuatir melihat perubahan dalam masyarakat kini terutama cabaran dari pengaruh luar yang mudah meresapi jiwa golongan muda," titah baginda.

Justeru, dalam titahnya itu, Al-Sultan Abdullah mahu usaha membangunkan generasi mudah diperkukuhkan dengan pendidikan agama yang mantap, bimbangan berterusan dan sokongan daripada semua lapisan masyarakat.

Sempena majlis itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyampaikan pengurniaan anugerah kepada penerima.

Bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Allahyarham Datuk Abdul.Razak Abu dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang tahun ini.