Mechamato Musim 3 tampil adiwira baharu 'Maskmana'

Iklan
Siri animasi kebanggaan negara Mechamato kini kembali pada musim ketiga dengan penampilan adiwira baharu, Maskmana.

SIRI animasi kebanggaan negara Mechamato kini kembali pada musim ketiga dengan penampilan adiwira baharu, Maskmana.

Bersempena Hari Malaysia hari ini, Mechamato Musim 3 akan ditayangkan serentak di lebih 30 negara Asia Pasifik termasuk Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand menerusi platform penstriman, Netflix dan saluran YouTube.

Iklan
Iklan

"Mechamato Musim 3 akan membawakan aksi lebih hebat dan pastinya akan mengujakan para penonton dengan gandingan luar biasa Mechamato bersama Maskmana baharu yang penuh misteri,” kata MONSTA dalam kenyataan pada Isnin.

Siri animasi itu juga bakal disiarkan di beberapa rangkaian televisyen di rantau Asia seperti Astro di Malaysia, RTV (Indonesia), MediaCorp (Singapura), Pops (Vietnam), TrueID (Thailand) dan Cartoon Network Asia.

Iklan

Mechamato telah menjadi fenomena global dengan memperoleh pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa selain berada dalam kedudukan sohor kini dalam kalangan 10 teratas di Netflix, kata MONSTA.

MONSTA yang terkenal dengan penghasilan harta intelek (IP) watak-watak fiksyen popular seperti BoBoiBoy, Mechamato, Papa Pipi dan Fly With Yaya telah menembusi pasaran global di lebih 70 negara melalui platform siaran seperti Netflix, Cartoon Network, Disney dan Tencent Video. - Bernama

Iklan

MONSTA, Mechamato, Musim 3, Maskmana, animasi