Lelaki jatuh bot ditemukan lemas

Iklan
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, pada Isnin. Gambar hiasan

IPOH- Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, pada Isnin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, mayat Mohamad Akhmal Mohd Yusuf, 23, ditemukan terapung di kedudukan kira-kira 7.4 batu nautika barat daya Ban Pecah, di perairan berkenaan pada jam 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan bermula jam 10 pagi semalam dan tamat pada 1.35 tengah hari tadi.

"Mayat ditemukan oleh nelayan dan dibawa ke Jeti Sungai Betul, Tanjung Piandang untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, operasi SAR hari ini diperluas meliputi 73 batu nautika melibatkan kawasan Kuala Gula hingga sempadan Pulau Pinang.

Semalam media melaporkan Mohamad Akhmal bersama-sama rakannya Mohd Nasrol Shah Syed Mohd Yusoff, 16, telah keluar merawai ikan di Jeti Sungai Betul pada 5 petang, sebelum keadaan laut dilanda ribut dan mengakibatkan kedua-duanya terjatuh ke laut.

Iklan

Bagaimanapun, Mohd Nasrol Shah terselamat dalam kejadian itu. - Bernama