Feri bawa 567 penumpang ke Langkawi terkandas

Iklan
Feri membawa 567 penumpang tersangkut pada beting pasir kira-kira 0.5 batu nautika daripada Terminal Feri Kuala Perlis, di Kuala Perlis, pada Isnin.

KUALA PERLIS - Sebuah feri membawa 567 penumpang dari Kuala Perlis ke Langkawi terkandas dipercayai tersangkut pada beting pasir kira-kira 0.5 batu nautika daripada Terminal Feri Kuala Perlis, di sini, pada Isnin.

Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom berkata, kejadian terbabit berlaku disebabkan hujan lebat dan angin kencang menolak feri dari laluan asal ke kawasan beting pasir.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, kesemua penumpang feri yang berlepas jam 2.30 petang dari terminal terbabit didapati selamat.

"Kerja pemindahan mangsa agak sukar kerana jumlah yang ramai bagaimanapun kita masih menunggu air laut pasang," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Iklan

Beliau memaklumkan, aktiviti pelayaran ke Langkawi dijangka diteruskan pada jam 8 malam.

Dalam perkembangan sama, Dr Baharin berkata, tiga trip perjalanan feri dari Kuala Kedah menuju ke Langkawi terpaksa berpatah balik disebabkan ribut.

Iklan

Kata beliau, antara trip terkesan termasuklah feri membawa 120 penumpang pada 1.30 tengah hari, feri membawa 149 penumpang pada jam 2 petang dan feri membawa 410 penumpang pada jam 2.30 petang.