'Jangan jaga tepi kain orang’ - Ka Siong

Iklan
Ka Siong (tengah) membantu kempen calon BN pada PRK DUN Mahkota.

KLUANG - Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin diingatkan tidak menjaga tepi kain parti lain.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan, sebaliknya Azman perlu menjaga partinya sendiri ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Iklan
Iklan

Beliau mengakui apa pun dakwaan yang dikeluarkan ia tidak lain hanya untuk mengelirukan pengundi namun tidak melemahkan jentera parti berkempen.

"Jangan jaga tepi kain orang, jaga parti masing-masing. Kita akan kerja kuat untuk memenangkan calon kita. Saya tak kisah apa mereka cakap atau pihak sana beri pandangan.

Iklan

"Itu memang tugas dia untuk melemahkan semangat kita tetapi sudah berkali-kali PRK kita sudah berjaya (menang).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Azman berhubung DAP hanya dijadikan alat UMNO untuk menarik sokongan pengundi Cina pada PRK DUN Mahkota.

Iklan

Sebelum itu, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam membantu calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah berkempen di sebuah kopitiam di sini pada Isnin

Azman ketika sesi ceramah pada hari pertama kempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Tengah di sini malam Sabtu, menyeru masyarakat Cina di DUN Mahkota menolak parti DAP yang dikatakan sekadar alat UMNO untuk mendapatkan undi BN.

Dakwanya, UMNO memerlukan jentera-jentera DAP untuk kempen kepada pengundi-pengundi Cina supaya mengundi calon UMNO dan BN.

Bagaimanapun Azman percaya orang Cina di DUN Mahkota ini cerdik dan sudah pun sedar penipuan dibuat oleh pemimpin DAP.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos, semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.