Napoli teruskan rentak cemerlang

Iklan
Antonio Conte Foto AFP

PENGENDALI Napoli, Antonio Conte memuji peranan dibarakan Romelu Lukaku ketika membelasah Cagliari 4-0 pada perlawanan Serie A di Sardegna Arena, dan menyifatkan penyerang Belgium itu penting dalam menyalakan cabaran kelab musim ini.

"Saya selalu mengatakan bahawa saya mahukan Romelu di Inter Milan, juga pernah memintanya di Chelsea sebelum dia pergi ke Manchester United kerana dia adalah penyerang yang tidak tipikal.

Iklan
Iklan

"Dia sangat tinggi dan kuat dari segi fizikal, tetapi juga sangat bagus dalam pecutan ke hadapan. Keadaannya masih tidak optimum, tetapi dia menjadi asas bagi kami musim ini,” kata Conte.

Sebagai rekod, Lukaku menyertai Napoli selepas Conte, bekas pengendali Inter Milan dan Chelsea, mengenal pasti dia sebagai sasaran utama dalam jendela perpindahan.

Iklan

Dia mempamerkan aksi menyerlah ketika Napoli mengukuhkan cengkaman di puncak Serie A dengan sembilan mata selepas mengharungi empat perlawanan sambil diekori rapat Inter Milan, Juventus dan Torino.

Sementara itu, pengendali berusia 55 tahun itu berkata, masih terdapat beberapa bahagian yang memerlukan penambahbaikan walaupun Napoli tampil konsisten dengan rentak tiga mata musim ini.

Iklan

"Kami bermula dengan baik, biarpun terdapat gangguan bunga api dan balingan objek yang menjejaskan momentum kami, kemudian pada separuh masa kedua kami lakukan dengan lebih baik lagi.

"Kami perlu terus memperbaiki dan fokus pertarungan di setiap bahagian padang kerana itulah perkara yang diperlukan dalam Serie A,” katanya.

Dalam pada itu, Conte menolak pandangan bahawa Napoli bersedia untuk bersaing untuk Scudetto, sambil menambah bahawa dia masih berusaha membangunkan semula The Little Donkeys berkenaan.

"Saya rasa pada masa ini semua pasukan masih tenang, kerana jendela perpindahan ditutup lewat dan kami semua cuba membentuk semula pasukan.

"Kami telah bekerja keras sejak dua setengah bulan yang lalu, kami perlu meletakkan terus maju tanpa melihat orang lain,” ujarnya.

INFO

Kempen Serie A Napoli

19 Ogos

Verona 3-0 Napoli

26 Ogos

Napoli 3-0 Bologna

1 September

Napoli 2-1 Parma

16 September

Cagliari 0-4 Napoli

22 September

Juventus lwn Napoli