[VIDEO] 'Syed Hussien ada pakej tambat hati pengundi Cina' - Ka Siong

Iklan

KLUANG – Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang boleh berbahasa Cina menjadi kelebihan buat BN.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, mempunyai pakej lengkap sebagai wakil rakyat sebagaimana yang dimahukan pengundi Cina di DUN Mahkota.

Iklan
Iklan

"Pengundi Cina, pertamanya lebih melihat kepada ketokohan, kedua dari segi bahasa tiada kekangan langsung (Syed Hussien boleh berbahasa Mandarin).

"Ketiga, beliau memahami budaya dan pernah jadi ahli Majlis di sini, selain belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), sudah tentu tiada masalah,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas membantu Syed Hussien berkempen di sebuah kopitiam di sini pada Isnin.

Ka Siong (kanan) membantu Syed Hussien (dua dari kanan) berkempen pada PRK DUN Mahkota.

Ditanya kemungkinan masyarakat Cina yang tidak keluar mengundi pada PRK DUN Mahkota 28 September ini, beliau berkata, jentera MCA akan memastikan seberapa ramai keluar mengundi nanti.

Iklan

Jelasnya, perkara tersebut menjadi cabaran buat parti namun jentera parti akan mengambil apa juga pendekatan bersesuaian bagi memastikan peratusan keluar mengundi tinggi.

DUN Mahkota mempunyai 66,318 orang pemilih merangkumi 61,397 pengundi biasa dan 4,510 tentera serta pasangan, 401 anggota polis dan 10 pengundi luar negara.

Komposisi kaum membabitkan pengundi Melayu sebanyak 54 peratus atau seramai 35,835 orang, pengundi Cina mewakili 34 peratus membabitkan seramai 22,561 orang manakala pengundi India pula lapan peratus dengan 5,305 orang.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos, semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.

Pada PRN Johor 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon PH, PN dan Warisan.

-end