Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

Iklan
Sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta dan motosikal di Jalan Alor Setar-Kangar di Ayer Hitam, dekat Jitra pada Ahad.

ALOR SETAR - Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 5.38 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 25 minit kemudian.

Iklan
Iklan

"Pokok tumbang itu menghempap sebuah motosikal dan sebuah kereta. Penunggang motosikal mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan pemandu kereta terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

"Seramai sembilan anggota bomba yang terlibat telah membuat kerja-kerja pemotongan pokok tumbang berkenaan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.51 petang," katanya. - Bernama

Iklan

Iklan