Ukur baju di badan sendiri
Iklan
Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang terpaksa berdepan dengan masalah pencerobohan kapal-kapal China. Gambar hiasan
BARU-BARU ini media cetak dan elektronik sekali lagi ‘digemparkan’ dengan pencerobohan kapal pihak berkuasa China yang telah memasuki perairan negara tanpa izin. Ia sebenarnya bukanlah satu berita yang mengejutkan.
Laporan Ketua Audit Negara pada 2020 mendedahkan bahawa antara 2016 dan 2019, kapal Pasukan Pengawal Pantai China dan Tentera Laut mereka telah menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali!