Slot janji kebangkitan di San Siro

Iklan
Federico Chiesa (kiri) dijangka membuat penampilan pertama bersama Liverpool pada aksi Liga Juara-Juara menentang AC Milan di San Siro. Foto: Agensi

ARNE Slot menegaskan Liverpool sudah melupakan kekalahan mengejut di tangan Nottingham Forest dan kini mengalihkan tumpuan kepada AC Milan pada minggu pembukaan Liga Juara-Juara di San Siro pada awal pagi Rabu.

Kekalahan di Anfield itu mencalarkan rekod sempurna Slot dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Iklan
Iklan

Namun, pengendali dari Belanda itu menegaskan The Reds sudah melupakan kekalahan tersebut dan mengorak langkah ke hadapan.

"Lawan Milan? Kami bersedia seperti mana kami bersedia untuk semua perlawanan yang lain.

Iklan

"Jika saya mengubah cara persiapan saya selepas kekalahan, itu bermakna saya hanya melakukan kerja terbaik saya selepas kami kalah.

"Jadi saya sentiasa cuba untuk melakukan perkara yang sama, sama seperti apa yang saya harapkan daripada pemain-pemain.

Iklan

"Mereka perlu pulih dengan cara yang terbaik sama ada selepas kemenangan, kekalahan atau seri,” ujar Slot.

Kekalahan di tangan Forest menyaksikan Slot dikritik hebat kerana tidak melakukan penggiliran pemain.

Ini kerana seramai 10 pemain yang disenaraikan dalam kesebelasan utama Liverpool tidak mendapat waktu rehat yang cukup selepas terlibat dalam tugasan antarabangsa dengan negara masing-masing.