PUTRAJAYA – Pesawat khas yang membawa 20 petugas Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana (HADR) Malaysia ke bandar Wuhan, China serta krew penerbangan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan sebentar tadi.
Menurut Grup WhatsApp Wuhan, Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pesawat itu tiba dan pintu dibuka pada jam 9.01 malam waktu Malaysia.