Dedahkan ilmu pentadbiran kepada pelajar perubatan
Iklan
SHAH ALAM - Subjek pengurusan pentadbiran perlu diperkenalkan dalam pengajian perubatan supaya pelajar dapat bidang tersebut mengetahui cara kerja yang betul bagi mengurangkan tekanan akibat bebanan tugas.
Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, biasanya jawatan tinggi sebagai pakar, ketua unit atau ketua jabatan diberikan kepada individu yang sudah lama berada di dalam sesuatu industri.