PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti menjangkakan beberapa pemain Los Blancos pulih daripada kecederaan apabila penyandang juara itu menyingkap perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara menentang kelab Bundesliga Jerman, VfB Stuttgart pada Rabu.
Pemain tengah Jude Bellingham, Aurelien Tchouameni dan pemain pertahanan Eder Militao bersedia untuk beraksi di Santiago Bernabeu walaupun Militao tidak berlatih kerana memerlukan satu hari tambahan untuk pulih sepenuhnya.
Walaupun Real akan kehilangan pemain tengah Eduardo Camavinga, dan bekas tonggak utama Nacho, Joselu, dan pemain tengah yang kini bersara Toni Kroos, Ancelotti mengakui teruja untuk memulakan pertahanan kejuaraan dengan 'pemain terbaik di dunia,' Kylian Mbappe.
"Ya, kami kehilangan Nacho dan Kroos, dua pemain terpenting kami. Dan Joselu.
"Sebagai pertukaran, seorang pemain terbaik dunia akan datang. Adakah kami mempunyai skuad yang lebih baik daripada tahun lalu? Saya rasa begitu.
"Kepulangan Jude adalah berita hebat untuk kami. Kami tahu apa yang dia sumbangkan dengan dan tanpa bola," kata pertahanan Dani Carvajal.
"Kami menuntut lebih banyak daripada diri kami sendiri dan esok adalah peluang baharu untuk terus berkembang,” kata Ancelotti.
Sebagai rekod, ketiga-tiga kejuaraan kelab Eropah telah diperluaskan kepada 36 pasukan musim ini dan pasukan Ancelotti juga akan mengambil bahagian dalam Piala Dunia Kelab, yang diperluaskan kepada 32 pasukan di Amerika Syarikat bermula Jun depan.
Sementara itu, penyerang Brahim Diaz pemain terbaharu yang diketepikan akibat kecederaan dan Ancelotti menyifatkan kepadatan jadual meletihkan harus dipersalahkan.
"Kalendar ini terlalu mencabar. Satu kejuaraan baharu yang kita tidak tahu apa yang akan berlaku.
"Ia mungkin lebih menghiburkan atau tidak. Hakikatnya kami mempunyai dua lagi perlawanan dalam kejuaraan ini,” tambahnya.
LIGA JUARA-JUARA
RABU (18 SEPTEMBER)
Juventus lwn PSV Eindhoven, 12.45 tengah malam
Young Boys lwn Aston Villa, 12.45 tengah malam
Real Madrid lwn VfB Sturtgart, 3 pagi
Bayern Munich lwn Dinamo Zagreb, 3 pagi
Sporting Lisbon lwn LOSC Lille, 3 pagi
AC Milan lwn Liverpool, 3 pagi
KHAMIS (19 SEPTEMBER)
Bologna lwn FC Shakhtar Donetsk, 12.45 tengah malam
Sparta Prague lwn RB Slazburg, 12.45 tengah malam
Paris Saint-Germain lwn Girona, 12.45 tengah malam
Clube de Brugge lwn Borussia Dortmund, 3 pagi
Celtics lwn Slovan Bratislava, 3 pagi
Manchester City lwn Inter Milan, 3 pagi