KDN FC akui sukar lawan JDT

Iklan
Park Jaehong mengakui pasukannya berdepan tugas sukar menentang JDT minggu depan.

PENGENDALI Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jaehong mengakui pasukannya berdepan tugas sukar menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) minggu depan.

Beliau berkata, JDT merupakan sebuah pasukan mantap dan ampuh selain memiliki lebih 20 pemain yang cergas serta sentiasa bersedia untuk diturunkan.

Iklan
Iklan

"KDN FC tidak akan memberikan laluan mudah, malah saya akan menyediakan sebuah pasukan yang mampu menghadirkan tentangan sengit kepada lawan.

"Kami akur tugasan ini selepas lebih hampir sebulan tanpa perlawanan kompetitif memang berat.

Iklan

"Apatah lagi, pihak lawan kami juga masih segar dengan kemenangan besar ke atas Penang FC," katanya.

Menurut beliau, KDN FC tidak boleh terlalu menghormati JDT sebaliknya bermain dengan penuh semangat.

Iklan

Ujarnya, KDN FC seboleh-bolehnya mahu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

Sementara itu, Jaehong berkata, KDN FC yang telah merekrut enam pemain termasuk tiga pemain import sepanjang perpindahan kedua.

Beliau memberitahu, berkemungkinan besar kesemua pemain baharu itu dapat diturunkan menentang JDT.