Pelantikan Fuziah bukti komitmen PKR angkat pemimpin wanita - Fadhlina

Iklan
Saifuddin Nasution, Fuziah (Gambar kecil: Fadhlina)

SHAH ALAM - Pelantikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) jelas menunjukkan komitmen parti untuk mengangkat kepimpinan wanita dalam laras pengurusan dan pentadbiran.

Ketua Wanitanya, Fadhlina Sidek berkata, sayap parti yang dipimpinnya akan terus mendukung agenda pengukuhan dan memperkemas gerak kerja demi manfaat sejagat.

Iklan
Iklan

"Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada dua guru siyasah dalam parti keramat ini. Kedua-dua tokoh ini iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Fuziah Salleh, merupakan figura penting dalam PKR yang telah mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi perjuangan.

"Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat kebaktian mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang akan terus membantu dalam Jawatankuasa Pengurusan dan memperkukuh sinergi Pakatan Harapan (PH) serta Kerajaan Perpaduan.

Iklan

"Beliau adalah guru, mentor dan sentiasa memberikan pedoman kepada saya untuk menentukan kompas navigasi perjuangan ini," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini mengumumkan Fuziah dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR baharu berkuat kuasa serta-merta bagi menggantikan Saifuddin Nasution.

Iklan

Menurutnya, Menteri Dalam Negeri itu melepaskan jawatan bagi menumpukan usaha beliau sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), anggota Biro Politik PKR dan ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, perkara itu antara penyusunan semula beberapa jawatan penting yang diputuskan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) baru-baru ini dalam usaha untuk memantapkan gerak kerja parti.