Nur Malaysia Makkah nafi letak 'air berkat' dalam makanan

Iklan
Tangkap layar video pekerja Nur Malaysia Makkah yang menafikan dakwaan meletakkan air rendaman kaki, air janggut, bulu dan lain-lain dalam makanan sepertimana tular di media sosial baru-baru ini yang dimuat naik di Facebook dan TikTok.

SHAH ALAM - Restoran Nur Malaysia Makkah milik syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang beroperasi di Arab Saudi menafikan dakwaan meletakkan air rendaman kaki, air janggut, bulu dan lain-lain dalam makanan sepertimana tular di media sosial baru-baru ini.

Pekerja Nur Malaysia Makkah berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali dan sekiranya didapati berbohong, mereka sedia dilaknat ALLAH SWT.

Iklan
Iklan

Menurut pekerja tersebut, pihaknya mengakui perniagaan restoran agak terkesan dengan kejadian yang berlaku di Malaysia ketika ini.

"Nur Malaysia Makkah menafikan tuduhan yang dibuat sebahagian pihak berkaitan isu meletakkan air janggut, air kaki dan sebagainya dalam makanan.

Iklan

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Jika berbohong, ALLAH SWT akan melaknat kami.

"Walaupun dengan isu ini kami agak terjejas dan terkesan, masyarakat di luar sana diharap boleh menilai sendiri apa yang sedang berlaku," katanya menerusi hantaran di Facebook serta TikTok pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, heboh apabila laman Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (Pukas) Malaysia mendakwa terdapat 'air berkat' yang dimasukkan dalam makanan di setiap premis di bawah GISBH sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Dakwa Pukas Malaysia lagi, 'air berkat' tersebut menjadi azimat buat ahli jemaah dan ia diakui sendiri oleh puluhan bekas pekerja GISBH.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggapnya satu tuduhan pelik, namun mengakui wujud satu atau dua kes liwat dalam kumpulan berkenaan seperti yang disiasat oleh polis.