GISBH: Polis terima dua laporan kes dera

Iklan
Razarudin ketika sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIEKMAS KINI] Polis menerima dua laporan berhubung kes penderaan kanak-kanak dipercayai dilakukan ahli GISB Holding Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan awal mengesan dua video tular berkait penderaan itu dan disebarkan melalui media sosial sebelum dikongsikan oleh masyarakat umum.

Iklan
Iklan

"Satu laporan diterima polis di Balai Polis Kluang, Johor pada Isnin oleh bapa mangsa.

"Berdasarkan laporan bapa mangsa ini mengesahkan bahawa anaknya dirotan dan telah dipisahkan sejak 2021," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, dua kertas siasatan telah dibuka dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sedang giat melengkapkan kertas siasatan secara proaktif dan teliti.

Iklan

"Mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.

"Ini untuk kita melengkapkan siasatan terhadap kes ini secara tuntas dan menyeluruh," ujarnya.

Tambahnya, orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi hingga boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

Sebelum itu, tular rakaman video memaparkan kanak-kanak dipercayai di rumah amal dirotan selain mengadu kesakitan ketika diperlakukan dengan kasar.

Dalam Op Global dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi, 12 September lalu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.