[VIDEO] 10 trip feri ke Langkawi, Kuala Kedah terpaksa dihentikan

Iklan

ALOR SETAR - Semua operasi feri laluan Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Kedah ke Langkawi dihentikan berikutan ombak setinggi lima meter (m) membadai perairan Kuala Kedah pada Selasa.

Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom berkata, sebanyak empat trip dari Langkawi ke Kuala Kedah terkesan, manakala enam trip lagi melibatkan pelayaran dari Kuala Kedah ke Langkawi.

Iklan
Iklan
Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd terpaksa menghentikan trip pelayaran berikutan ombak setinggi lima meter pada Selasa.

"Antara pelayaran terkesan dari Langkawi ke Kuala Kedah termasuklah trip jam 10.30 pagi,12 tengah hari,1 tengah hari dan 1.30 tengah hari melibatkan 2,134 penumpang.

"Bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi, pelayaran terkesan melibatkan trip jam 9.30 pagi,10.30 pagi, 11.30 pagi, 12 tengahari,1.30 tengah hari dan 2.30 petang dengan jumlah penumpang seramai 1,791 orang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, penumpang yang terjejas boleh menuntut bayaran balik atau menukar tarikh perjalanan.

Tambahnya, feri tambahan akan disediakan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis tertakluk kepada keupayan terminal tersebut menerima jumlah penumpang serta paras air yang selamat.

Iklan