Azharudin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Selangor baharu

Iklan
Mohd Ambia (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Azaharudin (kanan) sambil disaksikan Sasikala di IPD Kuala Selangor di sini pada Selasa.

KUALA SELANGOR - Usaha memerangi jenayah dan integriti dalam pasukan menjadi keutamaan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azharudin Tajuddin, selepas dilantik menjawat jawatan itu berkuat kuasa pada Selasa.

Azharudin berkata, pengalaman hampir 30 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan digunakan sebaik-baiknya bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di daerah berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya kena melihat dan mengkaji dahulu trend jenayah di sini, selepas itu baru membuat perancangan strategik dengan baik.

"Buat masa ini dua fokus utama saya iaitu dari segi mengekang jenayah dan memastikan integriti dalam berpasukan," katanya ketika ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di sini pada Selasa.

Iklan

Azharudin yang juga bekas Ketua Pusat Pengajian Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu memberitahu, selain itu, tumpuan beliau mahu meningkatkan hubungan dengan komuniti setempat.

Azaharudin

Katanya, hubungan baik antara polis dan masyarakat dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan lebih baik.

Iklan

Beliau memberitahu, jika dahulu trend jenayah lebih tertumpu kepada kes-kes berkaitan jenayah harta benda seperti kecurian motosikal namun kini mungkin berubah mengikut perkembangan semasa.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat kepada polis sekiranya berlaku kegiatan jenayah.

"Kita mahu melindungi daerah ini dengan menjadikan Kuala Selangor sebagai persekitaran selamat untuk masyarakat setempat," tambah beliau.

Terdahulu, Azaharudin, 52, mengambil alih jawatan itu dengan menggantikan Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin yang memangku jawatan itu pada 5 Julai lalu.

Majlis serah tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi.

Sementara itu, Sasikala ketika berucap berkata, beliau yakin Azaharudin mampu memikul tanggungjawab meneruskan legasi kecemerlangan di IPD Kuala Selangor.

"Beliau mempunyai pengalaman luas di Selangor dan sudah berkhidmat hampir 30 tahun bersama PDRM terutama dalam siasatan kes jenayah.

"Namun, seseorang ketua bukan hanya terbatas kepada memberi arahan tetapi perlu mempamerkan sifat berintegriti, progresif dan proaktif dalam memerangi jenayah dan menjaga keselamatan rakyat," tambah beliau.