Op Global: Suspek wanita 29 tahun disambung reman

Iklan
Sinar Harian pada 12 September lalu melaporkan seramai 171 individu yang ditahan dalam Op Global, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes eksploitasi 402 kanak-kanak dari rumah amal sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

NILAI - Seorang daripada dua wanita yang ditahan menerusi Op Global di daerah ini yang dipercayai terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan, disambung reman.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, seorang lagi individu berusia 28 tahun dibebaskan selepas reman tamat pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Polis membuat permohonan untuk menyambung reman seorang individu di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini (Selasa) bagi meneruskan siasatan berhubung kes tersebut.

"Suspek seorang wanita berusia 29 tahun dibenarkan untuk disambung reman selama lima hari sehingga 22 September depan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, sementara itu bagi dua suspek yang ditahan di daerah Seremban disambung reman selama tujuh hari selepas reman kali pertama tamat 14 September lalu.

Media pada 11 September lalu melaporkan, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi membabitkan dua negeri berkenaan.

Iklan

Kes tersebut disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dengan memaklumkan, seramai 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita berusia 17 dan 64 tahun.