Mayat pengawal keselamatan ditemui dalam but kereta

Iklan
Gambar hiasan

SABAK BERNAM - Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam but kereta jenis Proton Saga BLM yang diparkir di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Robin Guha Thakurta berkata, mayat mangsa berusia 43 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dijumpai selepas polis menerima maklumat daripada anggota kereta peronda polis pada jam 6.04 petang.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, hasil pemeriksaan pada kenderaan itu menjumpai lelaki tidak sedarkan diri di dalam but kenderaan berkenaan.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa cedera pada bahagian anggota badan.

Iklan

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Robin berkata, pemeriksaan pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan ada unsur jenayah menyebabkan kematian.

Iklan

Beliau memberitahu, polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya masih sedang mengesan suspek terlibat dan pemilik kenderaan terbabit.

"Polis meminta orang ramai mempunyai kejadian hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 03-32242222 untuk tindakan lanjut," ujar beliau.