Bangkai ikan lumba-lumba terdampar di Kuala Sungai Padang

Iklan
Foto hiasan 123RF

KANGAR - Bangkai seekor ikan lumba-lumba dianggar seberat 130 kilogram (kg) ditemukan terdampar di kawasan Kuala Sungai Padang dekat sini hari ini.

Pengarah Perikanan Perlis, Mohammed Roshaizat Mustaffa berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan bangkai terbabit pada 11 pagi.

Iklan
Iklan

"Ikan lumba-lumba itu daripada spesies Irrawaddy dolphin (Orcaella brevirostris) atau nama tempatannya lumba-lumba empesut. Haiwan ini dianggarkan mati sejak tiga hari lepas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemerhatian lanjut terhadap bangkai itu tidak menemukan sebarang kesan luka dan punca kematian masih dalam siasatan.

Iklan

"Data karkas lumba-lumba ini telah diambil seperti data morfometrik dan sampel untuk tujuan analisis makmal. Selepas selesai membuat kutipan data, kerja-kerja pengurusan karkas dilakukan iaitu proses penanaman untuk tujuan pereputan secara semula jadi.

"Seterusnya, proses repositori tulang lumba-lumba ini akan dibuat selepas tempoh 180 hari karkas itu ditanam," katanya.

Iklan

Beliau berkata, beberapa siri penemuan bangkai ikan lumba-lumba telah direkodkan oleh Pejabat Perikanan Perlis khususnya daripada spesies porpoise. - Bernama