Lebih 10,700 warga Palestin ditahan di Tebing Barat sejak 7 Oktober

Iklan
Kelihatan penduduk Palestin di bandar Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza. Foto Xinhua

RAMALLAH - Pasukan penjajah Israel menahan sekurang-kurangnya 30 orang termasuk bekas tawanan di Tebing Barat dalam tempoh 24 jam yang lalu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Tahanan Palestin (PPS) dalam satu kenyataan bersama memaklumkan bahawa operasi itu berlaku di pelbagai wilayah di Tebing Barat yang diduduki disertai serbuan meluas serta penderaan, serangan dan ancaman terhadap tahanan serta keluarga mereka, selain perbuatan vandalisme dan kemusnahan rumah-rumah rakyat Palestin.

Iklan
Iklan

Antara yang ditahan ialah Abla Saadat, isteri kepada Setiausaha Agung Barisan Popular yang dipenjarakan, pemimpin Ahmed Saadat, Tahrir Jaber, pelajar media Universiti Birzeit, Duaa Al-Qadi serta wartawan Qutaiba Hamdan, menurut kenyataan itu.

PPS dan Suruhanjaya mengesahkan bahawa jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang ditahan di Tebing Barat sejak 7 Oktober meningkat kepada lebih 10,700 orang. - Bernama

Iklan
Iklan