Ruslin dilantik Ketua Pengarah AADK baharu

Iklan
Ruslin dilantik sebagai Ketua Pengarah AADK yang baharu berkuat kuasa pada Selasa.

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang baharu berkuat kuasa pada Selasa.

AADK menerusi kenyataan memaklumkan pelantikan Ruslin sebagai Ketua Pengarah AADK yang ke-13 bagi mengisi kekosongan jawatan itu sejak 26 April lalu.

Iklan
Iklan

"Kekosongan itu susulan Ketua Pengarah AADK sebelum ini iaitu Sutekno Ahmad Belon yang bertukar ke Kementerian Sumber Manusia sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi)," katanya.

Tambah AADK, Ruslin berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.

Iklan

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 5 April 2019 hingga 22 Mac 2023.

Kemudian beliau berpindah ke JIM sebagai ketua pengarah bermula 22 Mac 2023 hingga 17 September 2024.

Iklan

"AADK merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada beliau atas pelantikan ini.

"AADK turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sutekno atas khidmat bakti sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah AADK," katanya.