Malaysia cadang perluas pengiktirafan sijil halal Jakim ke lebih banyak negara

Iklan
Ahmad Zahid semasa sidang media Persidangan Perniagaan Halal Dunia di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia bercadang untuk memperluaskan pengiktirafan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke lebih banyak negara menerusi kerjasama diplomasi Halal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini di peringkat global terdapat 88 buah negara yang telah mengiktiraf sijil Halal Jakim.

Iklan
Iklan

Selain itu, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam setiap lawatannya ke luar negara sentiasa menekankan tentang perkara itu.

Ahmad Zahid berkata demikian pada Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC) 2024 sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di sini, hari ini. - Bernama

Iklan
Iklan