KOTA BHARU - Bekas Pengarah Penjara Terengganu, Penolong Kanan Komisioner (PKK) Hamid Taha dilantik sebagai Pengarah Penjara Kelantan baharu berkuat kuasa pada Selasa.
Majlis serah terima tugas antara PKK Kamaruzaman Ismail dengan Hamid berlangsung pada Selasa di Dewan Tan Sri Murad Ahmad, Pengkalan Chepa di sini.