Pacuan empat roda terbakar, empat penumpang sempat larikan diri

Iklan
Pasukan BBP Bentong memadam kebakaran kenderaan dinaiki mangsa di Plaza Tol Bentong di sini.

BENTONG - Tindakan pantas pemandu memberhentikan kenderaan pacuan empat roda dinaiki bersama tiga yang lain berjaya menyelamatkan mereka apabila kenderaan itu terbakar di Plaza Tol Bentong di sini, pada Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Bentong ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.05 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Mercedes.

"Kenderaan tersebut terbakar 80 peratus, pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau memaklumkan kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.24 tengah hari," ujar beliau.

Iklan