KLUANG - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Mohamad Haizan Jaafar, 61, berikrar untuk menjadi wakil rakyat yang bukan sekadar pandai berjanji ketika kempen tetapi tidak mampu menunaikannya.
Beliau yang mesra dengan panggilan 'Coach Haizan' berkata akan terus lantang bersuara memperjuangkan nasib dan kebajikan penduduk, termasuk mendesak penyelesaian isu banjir di Kampung Bentong Dalam yang didakwa berlarutan sejak kira-kira 20 tahun lalu.
Iklan
Iklan
"Saya akan bawa masalah ini dan suarakan dalam sidang DUN Johor sekiranya menang PRK DUN Mahkota. Saya akan desak supaya diambil tindakan.
"(Saya) akan menjadi pembangkang (pengimbang) yang mempunyai suara kuat, itu tanggungjawab saya (apabila menang PRK DUN Mahkota nanti),” katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan banjir di Kampung Bentong Dalam pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan parit dan Sungai Melantai di kampung tersebut didalamkan selain mengesyorkan pembinaan tebing dan longkang batu bagi mengatasi masalah tersebut.
"Biasanya apabila hujan lebat lebih 40 minit, banjir akan berlaku di kampung ini dengan air naik sehingga paras pinggang, kalau hujan lebih lama boleh cecah ke paras bumbung rumah,” katanya.
Artikel Berkaitan