Lima kenderaan dihempap pokok di Genting Highlands

Iklan
Pasukan bomba memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan gergaji berantai. Foto Bomba Pahang.

KUANTAN - Lima kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir di tempat kereta di belakang sebuah hotel di Genting Highlands rosak akibat dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat pada petang, Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Genting Highlands bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.23 petang.