Hampir 10 kenyataan palsu dikesan guna kepala surat rasmi Pas

Iklan
Jabatan Penerangan dan Media Baharu Pas Pusat menegaskan kenyataan media berhubung tindakan disiplin terhadap Perwakilan Pas Perlis adalah palsu.

SHAH ALAM - Kenyataan media Pas berhubung tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Perwakilan Pas Perlis adalah palsu.

Jabatan Penerangan dan Media Baharu Pas Pusat dalam satu kenyataan berkata, dalam tempoh dua bulan pihaknya telah mengenal pasti hampir 10 kenyataan palsu dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kenyataan tersebut mengelirukan rakyat Malaysia terhadap parti itu kerana ia menggunakan kepala surat rasmi Pas.

"Sebagai pemakluman, akaun TVPAS (di Facebook) akan menjadi salah satu rujukan utama untuk sebarang pengeluaran kenyataan rasmi daripada Pas Pusat.

Iklan

"Pihak admin juga akan memantau sebarang sebaran palsu untuk dirujuk kepada pihak peguam Pas bagi tindakan lanjut,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, tular satu kenyataan media berhubung tindakan disiplin dikenakan terhadap Ketua Penerangan Pas Perlis, Mohd Saifizi Saidon kerana memberi ucapan yang tidak mencerminkan parti yang berintegriti dan amanah pada Muktamar Tahunan Pas ke-70.

Iklan

Menerusi kenyataan media palsu itu, tindakan tersebut telah menjejaskan imej Pas dan Jawatankuasa Disiplin Pas telah mengambil keputusan untuk menggantung keahlian Mohd Saifizi sehingga ke satu tempoh yang ditentukan.