Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 1,018 orang
Iklan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menjalankan tinjauan ketika banjir di Kampung Padang Luar ketika tinjauan banjir di Kubang Pasu pada Selasa. Foto Bernama
ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 1,018 mangsa daripada 268 keluarga setakat jam 8 malam pada Selasa.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata, jumlah berkenaan meningkat berbanding 675 mangsa yang dipindahkan ke sembilan PPS di negeri ini setakat jam 5 petang pada Selasa.
Iklan
Iklan
Katanya, kesemua mangsa berkenaan ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
Beliau berkata, pihaknya melakukan persediaan untuk menjaga kebajikan semua mangsa yang ditempatkan di PPS, termasuk menyediakan keperluan harian khususnya makanan dan keperluan asas lain.
Iklan
"Bekalan makanan sedia ada mampu bertahan selama dua minggu untuk sekurang-kurangnya 10,000 orang mangsa.
"Kita jangkakan jumlah mangsa banjir di negeri ini akan terus meningkat berikutan beberapa sungai dinaiki air akibat hujan," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Iklan
Sementara itu, Zulkhairi berkata, JKM Kedah menggunakan sistem baharu menggunakan kod QR bagi pendaftaran masuk dan keluar mangsa banjir di PPS, sekali gus memastikan bantuan dapat diagihkan dengan berkesan.
"Apabila mangsa mengimbas QR dan memasukkan maklumat diperlukan, mereka akan terus didaftarkan ke dalam sistem info bencana JKM.
"Mangsa bersama keluarga akan ditempatkan di PPS dan bekalan makanan terus diagihkan,” katanya sambil menambah kaedah berkenaan telah diguna pakai di beberapa negeri sebelum ini.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam