Tiada ruang buat silap berdepan Liverpool

Iklan
Fonseca (tengah) akui Liverpool antara pasukan terkuat Eropah di pentas Liga Juara-Juara. Foto AFP

AC Milan perlu beraksi pada tahap sempurna terutama bahagian pertahanan apabila melayan kunjungan kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool di San Siro dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara.

Pengendali Milan, Paulo Fonseca berkata, The Reds kendalian Arne Slot merupakan antara pasukan terkuat dalam saingan format baharu kejuaraan tertinggi kelab Eropah kali ini.

Iklan
Iklan

"Saya melihatnya sebagai peluang untuk menunjukkan kemajuan kami sebagai sebuah kelab Itali.

"Ia tidak hanya akan memacu kami melakukan perkara yang berbeza tetapi juga untuk membuktikan nilai kami.

Iklan

"Sokongan penyokong-penyokong Milan sentiasa penting untuk kami mahu merasai kasih sayang mereka,” kata Fonseca kepada pemberita.

Juara Eropah tujuh kali Milan kini berada di kedudukan kesembilan Serie A, setelah memenangi satu daripada empat perlawanan.

Iklan

Liverpool pula yang memenangi tiga perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris dengan meyakinkan di bawah pengendali baharu Arne Slot tanpa bolos, dikejutkan kekalahan 0-1 kepada Nottingham Forest di Anfield untuk berada di kedudukan keempat liga.

LIGA JUARA-JUARA

RABU (18 SEPTEMBER)

Juventus lwn PSV Eindhoven, 12.45 tengah malam

Young Boys lwn Aston Villa, 12.45 tengah malam

Real Madrid lwn VfB Sturtgart, 3 pagi

Bayern Munich lwn Dinamo Zagreb, 3 pagi

Sporting Lisbon lwn LOSC Lille, 3 pagi

AC Milan lwn Liverpool, 3 pagi

KHAMIS (19 SEPTEMBER)

Bologna lwn FC Shakhtar Donetsk, 12.45 tengah malam

Sparta Prague lwn RB Slazburg, 12.45 tengah malam

Paris Saint-Germain lwn Girona, 12.45 tengah malam

Clube Brugge lwn Borussia Dortmund, 3 pagi

Celtic lwn Slovan Bratislava, 3 pagi

Manchester City lwn Inter Milan, 3 pagi