'Patut bawa 12 penumpang tapi dalam bot ada 31 orang'

Iklan
Bot penumpang yang hanya dibenarkan membawa 12 penumpang dikesan membawa lebih muatan.

BESUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan sebuah bot penumpang yang dikesan membawa lebih muatan pada Selasa.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abdul Majid berkata, bot berkenaan dikesan kira-kira 28 batu nautika barat Kuala Besut, di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bot tersebut sepatutnya hanya membawa 12 penumpang namun didapati membawa 31 penumpang terdiri daripada 24 (dewasa), kanak-kanak (5) serta dua orang juragan dan kru.

"Hasil pemeriksaan mendapatu bot penumpang itu didapati telah membawa jumlah penumpang melebihi had dibenarkan oleh pihak Jabatan Laut Malaysia.

Iklan

"Dalam lesen bot tersebut hanya dibenarkan membawa 12 orang, namun ia telah membawa lebih muatan," katanya di sini pada Selasa.

Maritim Terengganu menahan sebuah bot penumpang kerana dikesan membawa lebih muatan pada Selasa.

Menurut Mohd Khairulanuar, juragan dan kru warga tempatan telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Iklan

Katanya, mereka yang ditahan telah dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk tindakan lanjut.

"Tindakan pengusaha bot yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa sangat merbahaya kepada penumpang terutama ketika cuaca tidak menentu dan keadaan laut bergelora.

"Maritim Malaysia akan terus meningkatkan operasi di sekitar perairan negeri ini terutama di musim cuti sekolah bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, komuniti maritim dinasihatkan untuk terus mengutamakan keselamatan nyawa semasa melakukan aktiviti di pesisir pantai dan laut.

Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 013-7464357