GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Kesan kesihatan awam terbesar gigitan ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika. Kebanyakannya di Asia, Afrika dan Amerika Latin, kata Dr David Williams, Pegawai Teknikal (antivenom) di Jabatan Peraturan dan Prakelayakan di WHO, dalam sidang akhbar yang diadakan hari ini di Geneva untuk menandakan Hari Kesedaran Gigitan Ular Sedunia, yang jatuh pada 19 September setiap tahun.