Henti tunggang agama demi kepentingan peribadi

Iklan
Laporan Sinar Harian.

BARU-BARU ini negara digemparkan dengan laporan terhadap satu syarikat yang didakwa mengamalkan ajaran sesat, kes liwat, eksploitasi terhadap kanak-kanak, remaja dan sebagainya.

Jika diteliti semula, syarikat ini sebenarnya telah lama bertapak di Malaysia sebagai sebuah perusahaan yang berkembang maju kerana mempunyai pelbagai perniagaan seperti perhotelan, restoran, kedai runcit, farmasi dan lain-lain.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, syarikat ini juga mempunyai 15 cawangan di luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Australia, Perancis, Jerman dan Turkiye.

Secara dasarnya, perniagaan ini merupakan syarikat bumiputera Islam yang diasaskan sejak tahun 2000.

Iklan

Pencapaian yang diperoleh oleh perusahaan ini sudah tentu membanggakan, namun pendedahan demi pendedahan yang berlaku ini secara tidak langsung menjejaskan reputasi khususnya kepercayaan masyarakat terhadapnya.

Ini kerana, ramai melihat syarikat ini sebagai sebuah entiti yang begitu patuh kepada ajaran Islam dan sudah pasti memberi contoh baik terhadap pengusaha-pengusaha lain.

Iklan

Bagaimanapun, kesahihan terhadap perkara-perkara yang didakwa itu belum lagi disahkan benar kerana ia masih lagi dalam siasatan.

Pun begitu, sebagai peringatan kepada mana-mana pihak untuk tidak berselindung di sebalik agama atau dalam erti kata lain ‘menunggang’ kesucian Islam.

Islam merupakan agama suci dan mengajar perkara-perkara baik yang boleh menarik orang bukan Islam untuk menganutinya.

Sehubungan itu, jangan sesekali menunggang agama demi kepentingan sendiri kerana ia secara tidak langsung mencalarkan kesuciannya.