Empayar GISBH turut digerakkan oleh 425 keluarga poligami

Iklan
Info 25 syarikat di bawah GISB Holdings. Foto EPA

SHAH ALAM - Syarikat GISBH yang terpalit kontroversi kes eksploitasi kanak-kanak di 20 buah rumah amal baru-baru ini diasaskan oleh pengasas Al-Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad, dengan nama asal Global Ikhwan Sdn Bhd.

Berdasarkan video korporat GISB Holdings 2024 di laman web syarikat tersebut, selepas kematian Ashaari pada 2010, GISBH diterajui pula oleh mantan dua Pengerusi Eksekutifnya, iaitu Hatijah Aam yang merupakan isteri Ashaari, dan Datuk Mohd Rasidi Abdullah.

Iklan
Iklan

Kini GISBH diterajui Datuk Nasiruddin Mohd Ali sebagai Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif.

Menurut laman web GISBH, syarikat itu ditubuhkan untuk mempromosikan cara hidup Islam dalam semua aspek, termasuk pendidikan, seni, budaya, dan penternakan.

Iklan

Pada masa ini, GISBH mempunyai 415 cawangan perniagaan di 20 negara, termasuk Britain, UAE dan Perancis.

GISBH juga menggajikan seramai 5,346 orang di 25 anak syarikatnya, termasuk aset penting seperti restoran di London, Paris, Istanbul, Dubai dan Makkah, tempat penginapan di Turki, hotel di Sarajevo dan ladang seluas 48 hektar di Perth, Australia.

Iklan

"Terdapat 1,656 keluarga dalam GISBH dan rangkaian perniagaannya, 425 merupakan keluarga poligami,” menurut video korporat GISBH.