SPRM perlu kekalkan momentum sedia ada hapuskan rasuah

Iklan
Gambar kecil: Zainal Adnan, Nor Halmey

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengekalkan momentum sedia ada dalam mengekang jenayah rasuah dalam negara.

Yang Dipertua Ikram Kuala Lumpur, Zainal Adnan Abdul Halim berkata, ini merupakan amaran kepada semua pihak supaya menghindarkan diri daripada terlibat dalam perlakuan tidak bertanggungjawab itu.

Iklan
Iklan

"Pada masa sama, ia juga membuktikan kepada masyarakat bahawa kerajaan sangat serius dalam usaha membanteras rasuah.

"Bagaimanapun, usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak iaitu anggota penguat kuasa SPRM perlu lebih aktif dalam menjalankan siasatan dan tindakan terhadap setiap aduan.

Iklan

"Pihak pengurusan atasan setiap jabatan perlu memantau dengan lebih teliti dan memastikan semua kakitangan menerima mesej yang jelas mengenai amalan tatakelola yang baik," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan, tiada sebarang toleransi dibenarkan atau tidak patut diberi kepada kakitangan yang terlibat dengan rasuah.

Iklan

Ujarnya, setiap kakitangan juga perlu aktif melaporkan sebarang salah laku kerana tanggungjawab untuk memastikan setiap jabatan bebas daripada rasuah terletak kepada tindakan semua pihak.

Sementara itu, Pengerusi Rasuah Busters Perlis, Dr Nor Halmey Hamdah berkata, penangkapan individu terlibat dengan rasuah, tuntutan palsu dan pecah amanah yang semakin rancak membuktikan prestasi terbaik SPRM.

Pada masa sama, katanya, keadaan berkenaan turut menunjukkan suruhanjaya berkenaan secara agresif menyambut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan melakukan pembanterasan secara aktif.

"Momentum sebegini memberikan kegerunan dan boleh merencatkan aktiviti pengambilan rasuah dalam kalangan penguatkuasa dan pegawai yang berkaitan.

"Jika situasi ini berterusan, saya dapat rasakan satu sinar baru kepada Malaysia. Negara harus sihat daripada gejala rasuah yang sangat menakutkan dan memberi kemudaratan kepada semua.

"SPRM perlu dibesarkan lagi dengan penambahan lebih ramai pegawai yang mampu mengawal aktiviti tidak sihat dalam negara," ujarnya.