Zon Bebas Cukai Rantau Panjang akan dipindahkan ke lokasi lain

Iklan
Zon Bebas Cukai Rantau Panjang akan dipindahkan ke kawasan baharu tidak lama lagi.

KOTA BHARU - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang akan dipindahkan ke kawasan baharu tidak lama lagi, kata Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md Noor.

Menurut beliau, tindakan itu dilakukan kerana zon bebas cukai yang sedang beroperasi ketika ini berada berhampiran kediaman penduduk kampung.

Iklan
Iklan

"Kita (kerajaan negeri) merancang untuk pindahkan ia ke satu tempat yang lebih sesuai, hal ini kerana kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk bangunkan kampung tersebut.

"Bagaimanapun ia masih lagi di peringkat perancangan dan kajian," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa malam.

Tindakan itu dilakukan kerana zon bebas cukai yang sedang beroperasi ketika ini berada berhampiran kediaman penduduk kampung.

Iklan

Sebelum itu beliau merasmikan Sambutan Pesta Tanglung Kelantan 2024 di Dewan Perniagaan Cina Kelantan di sini.

Menurut Kamarudin, pihaknya sekarang sedang membuat tinjauan lokasi yang bersesuaian untuk memindahkan zon bebas cukai tersebut.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas dan Pengkalan Kubor (Tumpat) mempunyai banyak pilihan barangan dan ia menarik minat pelancongan bukan sahaja tempatan tapi dari Thailand.

"Hasil pemerhatian saya, jualan di Pengkalan Kubor (zon bebas cukai) lebih tinggi berbanding di Rantau Panjang," katanya.