Pas nafi gantung Mohd Saifizi

Iklan
Tangkap layar berkenaan tindakan ke atas perwakilan dari Perlis, Mohd Saifizi Saidon yang tular di media sosial.

KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan tiada sebarang tindakan ke atas perwakilan dari Perlis, Mohd Saifizi Saidon yang secara terbuka mengkritik parti itu semasa muktamar di Pahang baru-baru ini.

Beliau berkata, surat yang tular di media sosial berkait dengan tindakan ke atas Mohd Saifizi itu adalah palsu.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, kita tidak ada mengambil sebarang tindakan, langsung tiada apa-apa.

"Itu dalam pemerhatian kita hendak teliti dulu tindakan tersebut," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa malam.

Iklan

Sebelum itu beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu hadir pada Sambutan Pesta Tanglung Kelantan 2024 di Dewan Perniagaan Cina Kelantan di sini.

Menurut beliau, Pas mengambil perhatian terhadap teguran yang diberikan oleh ahli semasa muktamar.

Iklan

Ujarnya, perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu.

Sinar Harian pada 14 September lalu melaporkan, seorang perwakilan Pas mempersoalkan kesungguhan parti itu dalam memperjuangkan nilai integriti dan amanah.

Perwakilan dari Perlis, Mohd Saifizi berkata, ini kerana hingga kini tiada sebarang laporan atau perancangan diterima daripada Badan Perhubungan Pas negeri mahupun Pas pusat berkaitan isu Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan anaknya, Mohd Syafeeq yang terpalit dengan salah guna kuasa.