Zaim Ikhwan, Ismanira berpegangan tangan, tenang hadir mahkamah

Iklan
Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bersama keluarga tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Rabu.

PETALING JAYA - Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bersama keluarga tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Rabu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf dilihat berpegangan tangan selain kelihatan tenang ketika dilihat hadir di pekarangan kompleks mahkamah ini kira-kira jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Turut kelihatan Zahari Mohd Reba iaitu datuk kepada Zayn Rayyan yang turut hadir bersama ahli keluarga lain.

Hadir sama Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira bagi perbicaraan kes mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Iklan

Pada 13 Jun, Zaim Ikhwan dan Ismanira, kedua-duanya berumur 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan berkenaan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.