Liverpool bangkit menang di San Siro

Iklan
Van Dijk antara pencetak gol Liverpool di Milan. Foto Agensi

GERGASI Liga Perdana Inggeris, Liverpool memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan laungan awal apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk menang 3-1 ke atas AC Milan dalam perlawanan yang berlangsung di San Siro pada Rabu.

Gol daripada Ibrahima Konate minit ke-23, Virgil van Dijk (m-41') dan Dominik Szoboszlai (m-67') itu juga menceriakan lebih 4,000 penyokong-penyokong The Reds selepas ketinggalan seawal minit ketiga hasil rembatan Christian Pulisic.

Iklan
Iklan

Tiga mata pertama diraih ke atas pasukan tuan rumah bimbingan Paulo Fonseca itu juga mengubati kekecewaan skuad kendalian Arne Slot yang dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Nottingham Forest di Stadium Anfield dalam perlawanan liga sebelum ini.

"Kami menunjukkan betapa bagusnya boleh bermain dengan bola dan itu juga yang saya katakan kepada pemain-pemain selepas perlawanan.

Iklan

"Sekiranya anda boleh bermain dengan begitu baik, perkataan ‘keaiban’ dapat dielakan dalam perlawanan ini.

"Sejujurnya ia juga dapat dielakkan ketika tewas kepada Forest di tempat sendiri jika anda boleh bermain dengan baik seperti hari ini," kata Slot selepas perlawanan.

Iklan

LIGA JUARA-JUARA

Keputusan

Juventus 1-0 PSV Eindhoven

Young Boys 0-3 Aston Villa

Real Madrid 3-1 VfB Stuttgart

Bayern Munich 9-2 Dinamo Zagreb

Sporting Lisbon 2-0 Lille

AC Milan 1-3 Liverpool