Kane bantu Bayern atasi Zagreb

Iklan
Kane

PENYERANG Bayern Munich, Harry Kane menjaringkan empat gol ketika gergasi Jerman itu menumpaskan Dinamo Zagreb, 9-2, pada Rabu sekali gus rekod gol terbanyak dihasilkan pasukan dalam perlawanan Liga Juara-Juara.

Bayern menjaringkan tiga gol separuh masa pertama dengan Kane menyempurnakan sepakan penalti minit ke-19 sebelum menjadi pemain England menjaringkan gol terbanyak dalam sejarah Piala Eropah dengan 33 gol, sekali gus memecahkan rekod 30 gol Wayne Rooney.

Iklan
Iklan

Kane, yang menjaringkan tiga gol menentang Holstein Kiel dalam Bundesliga, juga menjadi pemain pertama menjaringkan hatrik penalti dalam perlawanan Piala Eropah.

Keputusan perlawanan di Allianz Arena itu juga mempunyai margin kemenangan kedua terbesar dalam sejarah Liga Juara-Juara, dengan Liverpool dan Real Madrid memegang rekod kemenangan 8-0.

Iklan

Kemenangan 8-4 Borussia Dortmund ke atas Legia Warsaw pada 2016 adalah rekod gol terbanyak secara keseluruhan dalam perlawanan Liga Juara-Juara.

"Ini kali pertama saya mendapat tiga penalti dalam satu perlawanan.

Iklan

"Ia adalah perasaan yang berbeza untuk saya, tetapi untuk menjaringkan empat gol sesuatu yang hebat.

"Untuk membantu pasukan dalam apa cara sekalipun adalah penting. Sama ada sepakan penalti atau penyudah biasa, saya akan terima semua. Ia adalah malam yang hebat untuk kami,” kata Kane.

Bayern yang tampil lebih dominan dan agresif selepas gagal memenangi sebarang kejuaraan domestik atau antarabangsa musim lalu ternyata bukan tandingan buat wakil Croatia tersebut.

Sementara itu, Kane berkata:"Semua orang mahu membuktikan sesuatu di pentas ini dan kami memulakan musim dengan cara itu.

"Cara jurulatih mahu kami mengasak dan menjadi dominan dengan dan tanpa bola adalah penting. Kami tahu boleh mendominasi pasukan dengan kualiti yang dimiliki pasukan."