Gambar bedah siasat Zayn Rayyan tular: Polis tak maklum perkembangan siasatan

Iklan
Fahmi ketika sidang akhbar selepas selesai sesi perbicaraan di pekarangan luar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini pada Rabu.

PETALING JAYA - Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.

Peguam, Fahmi Abd Moin berkata, pihaknya sebelum ini dimaklumkan siasatan berhubung perkara tersebut dijalankan oleh pihak polis.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, laporan berkaitan kebocoran gambar dan maklumat kanak-kanak tersebut dibuat oleh salah seorang ahli keluarga Zaim Ikhwan sendiri serta pihak polis.

"Difahamkan ada siasatan yang dijalankan berkaitan perkara berkenaan bagaimanapun masih belum ada kesimpulan berhubung kes itu.

Iklan

"Dalam soal ini, bukan kita mendiamkan diri namun menunggu sama ada siasatan tersebut dibuat secara telus dan adil serta apa hasil daripada siasatan dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selesai sesi perbicaraan di pekarangan luar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini pada Rabu.

Iklan

Katanya, pihak keluarga Zaim Ikhwan dan Ismanira juga dicadangkan untuk membawa isu itu kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

"Sekiranya tidak ada sebarang tindakan berhubung kes kebocoran gambar dan maklumat siasatan ini, polis mencadangkan agar isu itu dibawa kepada JIPS Bukit Aman," katanya.

"Apa sahaja siasatan yang dilakukan hendaklah dimaklumkan kepada kami berhubung perkara ini," katanya.

Pada 30 Jun lalu, polis menyiasat penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Hantaran yang tular menerusi aplikasi Telegram itu dipercayai gambar ketika prosedur proses bedah siasat didakwa yang dijalankan terhadap Zayn Rayyan.