20 terkorban akibat 'Hagabat', taufan di Filipina

Iklan
Foto AFP

MANILA - Seramai 20 orang terbunuh akibat gabungan kesan monsun barat daya (habagat) dan taufan tropika Ferdie dan Gener, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Rabu.

Angka korban meningkat 10 orang berbanding angka yang dilaporkan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Seramai 156,524 keluarga yang tinggal di 1,178 'barangay' di 12 wilayah terjejas akibat bencana itu.

Sementara itu, 11 orang dilaporkan cedera dengan enam di Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM), tiga di Mimaropa dan dua di Wilayah 12.

Iklan

Daripada jumlah keluarga yang terjejas, 16,926 keluarga atau 62,995 individu ditempatkan di 618 pusat pemindahan, manakala 8,592 keluarga atau 34,265 individu mendapat bantuan di luar pusat pemindahan. - Bernama

Iklan