Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM

Iklan
Mirzan dan Mokhzani.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dua anak Mahathir iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani telah melakukan pengisytiharan harta mengikut masa yang telah ditetapkan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya kini sedang melaksanakan siasatan dan pelarasan berhubung pengisytiharan itu dengan pihak peguam.

"Mereka telah membuat pengisytiharan harta mengikut masa yang telah ditetapkan.

Iklan

"Pegawai SPRM sedang mendapatkan penjelasan daripada pihak peguam berhubung pengisytiharan harta yang dibuat," katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Sementara itu ditanya mengenai usaha mengesan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Azam menyatakan usaha itu masih buntu.

Iklan

Kata beliau, ahli perniagaan itu masih gagal dikesan untuk dibawa balik ke negara ini.