Terbuka China: Dua beregu campuran negara mara pusingan kedua

Iklan
Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin

DUA wakil beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke pusingan kedua badminton Terbuka China selepas mengatasi lawan masing-masing pada Rabu.

Pang Ron-Su Yin memulakan rentak kemenangan negara apabila menewaskan wakil Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou, China.

Iklan
Iklan

Pang Ron-Su Yin yang berada di ranking ke-32 dunia itu menjinakkan lawan yang berstatus nombor ke-13 dunia straight set 21-17, 21-16 dalam tempoh 28 minit.

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing

Kemenangan kejuaraan Super 1000 itu membolehkan mereka menempah slot berdepan satu lagi pasangan negara, Yap Roy King-Valeree Siow di pusingan.

Iklan

Sementara itu, Kian Meng-Pei Jing pula mara selepas mengatasi cabaran daripada wakil India, B Sumeeth Reddy-Sikki Reddy 21-10, 21-16 dalam masa 31 minit.

Kian Meng-Pei Jing berstatus 17 dunia dijadualkan berdepan wakil Denmark, Jesper Toft-Amalie Magelund yang menewaskan Wu Hsuan-Yi-Yang Chu Yun dari Taiwan, 14-21, 22-20, 21-16.

Iklan