Enam tahun terputus hubungan dengan ayah

Iklan
Zunaidah menunjukkan gambar Siti Nurhidayah ketika berusia dua tahun. Gambar kecil: Siti Nurhidayah

MARAN - Seorang kerani mencari bapa kandungnya selepas terputus hubungan sejak enam tahun lalu bagi memudahkan urusan pernikahan kali keduanya pada Mac depan.

Siti Nurhidayah Sukemi, 26, dari Felda Jengka 21 di sini merayu bapanya, Sukemi Ahmad, 58, supaya menemuinya segera dan dapat menjadi wali dalam pernikahannya nanti.

Iklan
Iklan

Menurut Siti Nurhidayah, bapanya berasal dari Indonesia dan bekerja sebagai penebang balak ketika bercerai dengan ibunya, Zunaidah Che Yok, 58.

Katanya, ketika menyaksikan perpisahan ibu bapanya, usianya baru sahaja lapan tahun.

Iklan

Pada Mac depan, Siti Nurhidayah akan berkahwin kali kedua selepas perkahwinan pertama pada 2017 berakhir dengan penceraian.

"Jadi saya sangat berharap kali ini ayah akan tampil menjadi wali saya. Kali pertama nikah dulu saya terpaksa menggunakan wali hakim," kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Iklan