MR D.I.Y. lancar peraduan 'Dream In You'

Iklan
MR D.I.Y. mengajak kanak-kanak di seluruh negara untuk merealisasikan cita-cita mereka menerusi peraduan ‘Dream In You’ bermula 1 hingga 21 September ini.

PERUNCIT perkakas rumah terkemuka negara, Kumpulan MR D.I.Y. Berhad (MR D.I.Y.) melancarkan peraduan 'Dream In You' khusus buat kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah untuk berkongsi impian dan merealisasikan cita-cita mereka.

MR D.I.Y. dalam satu kenyataan berkata, peraduan tersebut bermula dari 1 hingga 21 September ini dengan hadiah berjumlah RM20,000 untuk dimenangi menerusi beberapa langkah mudah.

Iklan
Iklan

"Ibu bapa digalakkan untuk membantu anak-anak merakam video perkongsian tentang kerjaya impian mereka menggunakan frasa, 'apabila saya besar nanti, impian saya adalah untuk menjadi...".

"Selain itu, muat naik dan tag video tersebut ke Instagram atau TikTok menggunakan #MRDIYDreamInYou.

Iklan

"Pastikan letak tag MR D.I.Y. iaitu @mrdiy2u di Instagram dan @mrdiy.malaysia di TikTok serta tetapkan akaun kepada mod umum," katanya pada Rabu.

MR D.I.Y. turut memaklumkan, seramai 40 pemenang akan dipilih untuk menyertai Program Kerjaya Impian eksklusif dan menerima baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM500 setiap seorang.

Iklan

Tambahnya, maklumat lanjut mengenai inisiatif ‘Dream In You' boleh didapati di https://www.mrdiy.com/mrdiy-dream-in-you-2024.

"Untuk mengetahui tentang MR D.I.Y. sila layari laman sesawang mrdiy.com, mrdiy.com.my dan ikuti jenama ini di Facebook, Instagram serta TikTok." ujar kenyataan itu lagi.